Cendawan UUM Sintok
19 April 2018
CENDAWAN UUM DALAM BERITA
Namun, dengan teknologi terbaharu hasil inovasi Universiti Utara Malaysia (UUM) dengan kerjasama Malaysian Technology Development Corporation (MTDC) dan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) memungkinkan cendawan kukur dipasarkan secara lebih meluas, terkawal, selamat dan berkualiti tinggi.
Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Dr. Noor Azizi Ismail berkata, inovasi terkini iaitu pembenihan secara bioreaktor mampu menghasilkan cendawan kukur dalam kuantiti yang banyak.
“Menerusi teknologi pembenihan secara bioreaktor, cendawan yang sering tumbuh di permukaan kayu reput di kawasan kebun getah semasa musim hujan kini berpotensi dikomersialkan dengan harga yang lumayan,” katanya.
Yang turut hadir Menteri Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Datuk Madius Tangau.
Bagi Pengarah Bahagian NICE, Malaysian Technology Development Corporation (MTDC), Mariamah Daud, penghasilan benih cendawan dengan penggunaan cecair atau bioreaktor adalah satu mekanisme baharu dalam pengkulturan cendawan.
“Memandangkan industri cendawan di Malaysia sering menghadapi kesukaran untuk mendapatkan benih, ia adalah penyelesaian terbaik dalam mengoptimum pengeluaran cendawan kerana sebelum ini kebanyakan benih cendawan di Malaysia diimport dari Thailand.
“Pun begitu, kita tetap mengalami cabaran apabila kualiti benih yang diperoleh tidak konsisten,” jelas beliau.
Memandangkan tiada syarikat di Malaysia yang fokus dalam penghasilan benih cendawan untuk menampung permintaan cendawan kukur yang sentiasa meningkat, UUM, MTDC dan MARDI berusaha dan bekerjasama menghasilkan benih terbaik.
“Kaedah teknologi penghasilan benih cendawan menggunakan cecair ini dilihat mampu menyelesaikan beberapa isu besar termasuk menghasilkan benih biji dalam kuantiti yang besar dan praktikal bagi menampung pemintaan industri cendawan negara,” ujar Mariamah.
Spesies bernilai tinggi
Menurut Prof. Dr. Noor Azizi Ismail menerusi projek bernilai RM260,000 yang bermula Ogos tahun lalu, sebanyak tiga rumah cendawan kukur yang mampu memuatkan sehingga 5,000 bongkah cendawan dengan menggunakan sistem gantung diwujudkan di Tapak Agrofarm UUM.
Satu bongkah cendawan akan menghasilkan 80 gram cendawan dalam masa sebulan yang boleh dituai setiap dua minggu sekali.
Lebih menarik, tiga buah rumah cendawan itu boleh menjana pendapatan sehingga RM36,000 dengan purata hasil pengeluaran untuk sebuah rumah cendawan adalah sebanyak 400 kilogram (kg) sebulan.
“Harga cendawan ini lebih mahal kerana nilai eksotik iaitu mencecah RM30 sekilogram dan turut disenarai sebagai satu daripada pertanian bernilai tinggi selain sarang burung walet, akuakultur, ikan hiasan, rumpai laut, herba dan rempah ratus.
“Jadi, ia amat sesuai bagi siswazah yang mahu menjana pendapatan sampingan memandangkan cendawan ini adalah tanaman singkat,” katanya.
Justeru itu, projek ini menjadi platform kepada lebih 200 pelajar jurusan Sarjana Muda Perniagaan Tani mempelajari secara mendalam mengenai penghasilan tanaman bernilai tinggi.
“Kita mahu siswazah kita mempunyai perspektif yang meluas dalam bidang keusahawanan pertanian berlandaskan teknologi ini. Lebih menarik, kaedah penanaman cendawan ini terbukti mampu menjana pendapatan lumayan kepada golongan yang meminati bidang pertanian,” katanya.
Bukan itu saja, industri cendawan berpotensi berkembang dengan pesat di mana penggunaannya merangkumi penghasilan pelbagai produk nutraseutikal, farmaseutikal dan kosmetik. – BERNAMA (utusan onlone)
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/sains-teknologi/teknologi/teknologi-bioreaktor-tanam-cendawan-1.476246#ixzz5KpBbuJbV
© Utusan Melayu (M) Bhd
16 April 2018
13 April 2018
11 April 2018
08 April 2018
01 April 2018
KURSUS PEMBUATAN BAG CENDAWAN SECARA HANDS ON
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
| KURSUS PEMBUATAN BAG CENDAWAN SECARA HANDS ON |
TARIKH: 3, 6, 10 & 13 MAC 2018
HARI: SELASA & JUMAAT
MASA: 9pagi- 6ptg
TEMPAT: KOMPLEKS NORSYM SDN. BHD
Hubungi kami;
Faizah: 04-9286794
Farah- 019-5403548
| KURSUS PEMBUATAN BAG CENDAWAN SECARA HANDS ON |
TARIKH: 3, 6, 10 & 13 MAC 2018
HARI: SELASA & JUMAAT
MASA: 9pagi- 6ptg
TEMPAT: KOMPLEKS NORSYM SDN. BHD
Hubungi kami;
Faizah: 04-9286794
Farah- 019-5403548
25 March 2018
CENDAWAN KUKUR
![]() |
Cendawan kukur ATAU nama saintifiknya Schizophyllum commune adalah spesis cendawan yang tumbuh pada kayu reput dan biasanya ditemui pada batang kayu getah. |
Cendawan ini sukar didapati kerana ianya tidak ditanam secara komersial. Pada kebiasaannya ia dikutip di kawasan kebun getah oleh penduduk kampung pada musim hujan.
Oleh yang demikian, cendawan ini hanya dapat dilihat dijual di kampung-kampung pada musim hujan. Jenis masakan yang digemari adalah masak lemak cili api dan tumis kering.
"PELBAGAI GELARAN DAN PANGGILAN"
Banyak gelaran yang diberikan kepada spesis cendawan ini mengikut lokaliti seperti
- Cendawan Kukur (Negeri Sembilan),
- Kulat Sisir (Perak, Kedah dan Perlis),
- Kulat Sisik,
- Jamur Gerigit (Jawa Muar),
- Cendawan TapakTiung (Negeri Sembilan) dll.
14 March 2018
13 March 2018
Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh......
Disini, admin ingin kongsikan kaedah penanaman cendawan yang ramai ingin tahu..hehe,
Info yang admin kongsi adalah daripada pihak Cendawan UUM sendiri...
Selamat membaca semua💕💕
Kaedah tanaman cendawan
1. Habuk kayu dan campuaran-campuran lain dicampur sekali dan dimasukkan ke dalam beg cendawan.
2. Seterusnya, proses embenihan cendawan dilakukan bagi menyiapkan benih cendawan untuk dimasukkan ke dalam beg.
3. Torehan di sekeliling beg turut dilakukan bagi memastikan proses pertumbuhan cendawan berjalan dengan baik.
4. Pada proses akhir tanaman cendawan, beg-beg cendawan akan disiapkan untuk digantung di rumah cendawan.
2. Seterusnya, proses embenihan cendawan dilakukan bagi menyiapkan benih cendawan untuk dimasukkan ke dalam beg.
3. Torehan di sekeliling beg turut dilakukan bagi memastikan proses pertumbuhan cendawan berjalan dengan baik.
4. Pada proses akhir tanaman cendawan, beg-beg cendawan akan disiapkan untuk digantung di rumah cendawan.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Selamat Datang ke Blog CENDAWAN UUM SINTOK
CENDAWAN UUM DALAM BERITA
Namun, dengan teknologi terbaharu hasil inovasi Universiti Utara Malaysia (UUM) dengan kerjasama Malaysian Technology Development Corpora...
-
Cendawan kukur ATAU nama saintifiknya Schizophyllum commune adalah spesis cendawan yang tumbuh pada kayu reput dan biasanya ditemui ...