25 March 2018

CENDAWAN KUKUR

No automatic alt text available.
Cendawan kukur ATAU nama saintifiknya Schizophyllum commune adalah spesis cendawan yang tumbuh pada kayu reput dan biasanya ditemui pada batang kayu getah.

Cendawan ini sukar didapati kerana ianya tidak ditanam secara komersial. Pada kebiasaannya ia dikutip di kawasan kebun getah oleh penduduk kampung pada musim hujan.
Oleh yang demikian, cendawan ini hanya dapat dilihat dijual di kampung-kampung pada musim hujan. Jenis masakan yang digemari adalah masak lemak cili api dan tumis kering.

"PELBAGAI GELARAN DAN PANGGILAN"

Banyak gelaran yang diberikan kepada spesis cendawan ini mengikut lokaliti seperti

  • Cendawan Kukur (Negeri Sembilan), 
  • Kulat Sisir (Perak, Kedah dan Perlis), 
  • Kulat Sisik, 
  • Jamur Gerigit (Jawa Muar), 
  • Cendawan TapakTiung (Negeri Sembilan) dll.

13 March 2018

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh......
Disini,  admin ingin kongsikan kaedah penanaman cendawan yang ramai ingin tahu..hehe,
Info yang admin kongsi adalah daripada pihak Cendawan UUM sendiri...
Selamat membaca semua💕💕

Kaedah tanaman cendawan 

1. Habuk kayu dan campuaran-campuran lain dicampur sekali dan dimasukkan ke dalam beg cendawan.
2. Seterusnya, proses embenihan cendawan dilakukan bagi menyiapkan benih cendawan untuk dimasukkan ke dalam beg.
3. Torehan di sekeliling beg turut dilakukan bagi memastikan proses pertumbuhan cendawan berjalan dengan baik.
4. Pada proses akhir tanaman cendawan, beg-beg cendawan akan disiapkan untuk digantung di rumah cendawan.

Selamat Datang ke Blog CENDAWAN UUM SINTOK

CENDAWAN UUM DALAM BERITA

Namun, dengan teknologi terbaharu hasil inovasi Universiti Utara Malaysia (UUM) dengan kerjasama Malaysian Technology Development Corpora...