19 April 2018

CENDAWAN UUM DALAM BERITA

Namun, dengan teknologi terbaharu hasil inovasi Universiti Utara Malaysia (UUM) dengan kerjasama Malaysian Technology Development Corporation (MTDC) dan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) memungkinkan cendawan kukur dipasarkan secara lebih meluas, terkawal, selamat dan berkualiti tinggi. Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Dr. Noor Azizi Ismail berkata, inovasi terkini iaitu pembenihan secara bioreaktor mampu menghasilkan cendawan kukur dalam kuantiti yang banyak. “Menerusi teknologi pembenihan secara bioreaktor, cendawan yang sering tumbuh di permukaan kayu reput di kawasan kebun getah semasa musim hujan kini berpotensi dikomersialkan dengan harga yang lumayan,” katanya. Yang turut hadir Menteri Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Datuk Madius Tangau. Bagi Pengarah Bahagian NICE, Malaysian Technology Development Corporation (MTDC), Mariamah Daud, penghasilan benih cendawan dengan penggunaan cecair atau bioreaktor adalah satu mekanisme baharu dalam pengkulturan cendawan. “Memandangkan industri cendawan di Malaysia sering menghadapi kesukaran untuk mendapatkan benih, ia adalah penyelesaian terbaik dalam mengoptimum pengeluaran cendawan kerana sebelum ini kebanyakan benih cendawan di Malaysia diimport dari Thailand. “Pun begitu, kita tetap mengalami cabaran apabila kualiti benih yang diperoleh tidak konsisten,” jelas beliau. Memandangkan tiada syarikat di Malaysia yang fokus dalam penghasilan benih cendawan untuk menampung permintaan cendawan kukur yang sentiasa meningkat, UUM, MTDC dan MARDI berusaha dan bekerjasama menghasilkan benih terbaik. “Kaedah teknologi penghasilan benih cendawan menggunakan cecair ini dilihat mampu menyelesaikan beberapa isu besar termasuk menghasilkan benih biji dalam kuantiti yang besar dan praktikal bagi menampung pemintaan industri cendawan negara,” ujar Mariamah. Spesies bernilai tinggi Menurut Prof. Dr. Noor Azizi Ismail menerusi projek bernilai RM260,000 yang bermula Ogos tahun lalu, sebanyak tiga rumah cendawan kukur yang mampu memuatkan sehingga 5,000 bongkah cendawan dengan menggunakan sistem gantung diwujudkan di Tapak Agrofarm UUM. Satu bongkah cendawan akan menghasilkan 80 gram cendawan dalam masa sebulan yang boleh dituai setiap dua minggu sekali. Lebih menarik, tiga buah rumah cendawan itu boleh menjana pendapatan sehingga RM36,000 dengan purata hasil pengeluaran untuk sebuah rumah cendawan adalah sebanyak 400 kilogram (kg) sebulan. “Harga cendawan ini lebih mahal kerana nilai eksotik iaitu mencecah RM30 sekilogram dan turut disenarai sebagai satu daripada pertanian bernilai tinggi selain sarang burung walet, akuakultur, ikan hiasan, rumpai laut, herba dan rempah ratus. “Jadi, ia amat sesuai bagi siswazah yang mahu menjana pendapatan sampingan memandangkan cendawan ini adalah tanaman singkat,” katanya. Justeru itu, projek ini menjadi platform kepada lebih 200 pelajar jurusan Sarjana Muda Perniagaan Tani mempelajari secara mendalam mengenai penghasilan tanaman bernilai tinggi. “Kita mahu siswazah kita mempunyai perspektif yang meluas dalam bidang keusahawanan pertanian berlandaskan teknologi ini. Lebih menarik, kaedah penanaman cendawan ini terbukti mampu menjana pendapatan lumayan kepada golongan yang meminati bidang pertanian,” katanya. Bukan itu saja, industri cendawan berpotensi berkembang dengan pesat di mana penggunaannya merangkumi penghasilan pelbagai produk nutraseutikal, farmaseutikal dan kosmetik. – BERNAMA (utusan onlone) Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/sains-teknologi/teknologi/teknologi-bioreaktor-tanam-cendawan-1.476246#ixzz5KpBbuJbV © Utusan Melayu (M) Bhd

01 April 2018

KURSUS PEMBUATAN BAG CENDAWAN SECARA HANDS ON

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
| KURSUS PEMBUATAN BAG CENDAWAN SECARA HANDS ON |

TARIKH: 3, 6, 10 & 13 MAC 2018
HARI: SELASA & JUMAAT
MASA: 9pagi- 6ptg
TEMPAT: KOMPLEKS NORSYM SDN. BHD

Hubungi kami;
Faizah: 04-9286794
Farah- 019-5403548

Selamat Datang ke Blog CENDAWAN UUM SINTOK

CENDAWAN UUM DALAM BERITA

Namun, dengan teknologi terbaharu hasil inovasi Universiti Utara Malaysia (UUM) dengan kerjasama Malaysian Technology Development Corpora...